CINTA itu
adalah anugerah daripada Allah kepada semua makhluk ciptaannya. Allah
menciptakan segala sesuatu itu secara berpasangan-pasangan (lihat Surah Ar-rum
ayat 21) iaitu lelaki dengan perempuan dengan tujuan agar mereka saling mengisi
kekurangan dan kelebihan di antara mereka yang pada akhirnya akan tumbuh cinta
dalam hati mereka.
Cinta
dapat membawa keberkatan jika kita boleh mengarahkannya ke jalan yang diredai
oleh Allah s.w.t, tetapi cinta juga boleh membawa kepada petaka, malah
menjerumuskan kita ke lembah kemaksiatan dan jauh daripada norma Islam.
Bercinta
janganlah mengiku nafsu semata, tetapi ia perlu berasas kepada agama dan batas
Islam. Cinta nafsu adalah cinta yang tidak mengikuti aturan Islam. Ia bebas
berbuat apa saja.
Ada
beberapa kerosakan akibat cinta nafsu ini. Pertama, lupa mengingati Allah
kerana mereka lebih sibuk mengingati makhluk-Nya yakni orang yang dicintainya.
Contohnya
jika dia lebih kuat mengingati Allah, insya-Allah mengingati makhluk pasti
terkendali. Tapi jika lebih kuat mengingat makhluk-Nya maka mengingati Allah
akan dikalahkan.
Kedua,
melupakan agama. Tiada orang yang paling mensia-siakan agama dan dunia melebihi
orang yang sedang dirundung cinta nafsu.
Ia
mensia-siakan maslahat agamanya kerana hatinya lalai untuk beribadah kepada
Allah s.w.t.
Ketiga,
mengundang bahaya. Bahaya dunia dan akhirat lebih cepat menimpa kepada orang
yang dirundung cinta nafsu melebihi kecepatan api membakar kayu kering.
Ketika
hati berdekatan dengan orang yang dicintainya secara buta itu, ia akan menjauh
dari Allah s.w.t. Jika hati jauh daripada Allah, semua jenis bahaya mengancam
dari segenap sudut kerana syaitan sudah menguasai dirinya.
Jika
syaitan sudah menguasai diri, mereka berada dalam keadaan bahaya.
Cukuplah
dengan fakta masalah perzinaan dan penularan penyakit seksual berlaku dalam
dunia hari ini. Begitu juga dengan gejala buang bayi yang tidak berdosa amat
menggerunkan.
Keempat,
syaitan akan menguasai. Jika kekuatan syaitan menguasai seseorang, ia akan
merosakkan akalnya dan memberikan rasa was-was.
Akal
kadang-kadang sudah tidak terkendali ibarat seperti meletakkannya di kepala
lutut. Padahal yang paling berharga bagi manusia adalah akalnya yang
membezakannya manusia dan haiwan.
Jadi
jangan hairan jika ramai yang terjerumus melakukan maksiat kerana fikiran
mereka menjadi singkat. Apa yang sentiasa mereka fikirkan adalah hawa nafsunya
iaitu mahu sedap dan seronok saja.
Kelima,
kurang kepekaan. Cinta nafsu akan merosak indera atau mengurangi kepekaannya.
Apabila diri penuh dengan dosa maka hati akan rosak. Jika hati sudah rosak maka
organ lain, seperti mata, lisan, telinga juga turut rosak.
Ertinya, ia
akan melihat yang buruk pada diri orang yang dicintainya secara nafsu itu
sebagai sebuah kebaikan atau sebaliknya.
Imam
Ahmad menyebut: “Cintamu kepada sesuatu membutakanmu dan membuatmu tuli.”
Ibnu
Abbas pernah mendengar berita ada seorang lelaki yang sangat kurus sehingga
yang tinggal hanya kulit dan tulang.
Ibnu
Abbas berkata, “Kenapa ia? “Ia terkena jatuh cinta, isyq (cinta buta),” jawab
seseorang.
Kemudian
Ibnu Abbas berdoa dan berlindung kepada Allah s.w.t sepanjang hari daripada
penyakit isyq. Kita perlu berfikir secara lebih dewasa dalam apa jua tindakan
akan kita akan lakukan. Jangan main-main dalam menangani masalah serius itu.
Jangan
sampai terbius oleh gemerlap kehidupan yang menawarkan kenikmatan sementara.
Jika kita belum mampu untuk berkahwin maka janganlah berkahwin lagi kerana
perkahwinan bukan urusan main-main.
Kita
mesti rela untuk membuang fikiran murahan mengenai pertunangan adalah
segala-galanya. Sebab, bercinta adalah salah satu bahagian ekspresi cinta
nafsu.
Wahai
remaja, mulai sekarang tumbuhkan dahulu kecintaan kita kepada ilmu agama
sehingga kita memahaminya serta mengamalkannya dalam kehidupan kita seharian.
Semoga pula kita tidak tergoda dengan cinta nafsu semata.
No comments:
Post a Comment